Posts

Showing posts from 2015

Tidak sokong, tidak bantah? Biarkan saja?

Image
Beberapa hari yang lalu (26 Jun 2015), kerajaan United States of America (USA) telah meminda perlembagaan mereka tentang perkahwinan. Perkahwinan sejenis telah diterima sebagai sah di sisi undang-undang di USA. [1] Bendera LGBT seakan warna pelangi. Cuma kurang satu warna. Ketika keputusan ini diumumkan, hastag "#lovewins" telah menjadi trending  di seluruh dunia. [2] Laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google+, YouTube, dll, telah memaparkan bendera atau warna bendera LGBT. Malahan, setiap hastag "#lovewins" di Twitter akan mendapat simbol hati dengan warna bendera LGBT.  Dan ada juga yang menukar gambar profile FB mereka dengan filter  warna bendera tersebut. Termasuk orang-orang yang mengaku sebagai Kristian! Apa alasan mereka? Majoritinya mengatakan atas dasar "equality" iaitu "kesamaan". Ada juga yang berkata "tidak menyokong dan tidak membantah, biar Tuhan yang menghakimi". Jika tidak menyokong, mengapa tu...

Teringat kisah waktu di sekolah....takut salib pada buah chess...

Image
Beberapa bulan yang lepas, kisah sekumpulan penduduk Taman Medan melakukan protes terhadap simbol "salib" telah menjadi berita hangat di Malaysia. Dan pada masa yang sama, kalau kita lihat di media-media sosial, rata-rata mengutuk tindakan mereka. Dan, yang dari Sabah dan Sarawak pun mengambil kesempatan mewar-warkan betapa Sabah dan Sarawak harmoni dan tidak seperti itu... betulkah? Bukannya apa, cuma, baru saja keluar dalam berita beberapa jam yang lalu, ada tekanan daripada pihak guru-guru dan ibu bapa S.K St. Mary, Sandakan, untuk menurunkan salib dari bangunan sekolah tersebut atas alasan yang "tidak jelas". [1] Jadi, Sabah pun nampaknya tidaklah se"toleran" yang disangkakan...kan..? Tapi, adakah ini fenomena baru? Kes ini membuatkan saya teringat kembali suatu peristiwa waktu saya masih lagi di sekolah menengah lebih 20 tahun yang lalu.

Bunyi Trumpet dari langit di Tuaran - Pendedahan kepalsuannya (debunked)

Image
Mendedahkan kepalsuan bunyi trumpet dari langit yang kononnya dirakamkan di Tuaran Sabah pada tahun 2015. Link ke video-video asal: Strange Trumpet Sound in Sabah June 2015 - Saya rasa, pemilik akaun YouTube yang meng-upload video tersebut mendapatnya daripada sumber lain, cuma terus di-upload tanpa usul periksa. Strange Sounds Happening Again in Terrace British Columbia May 7th 2015 7:50am - Bunyi video "trumpet Tuaran" yang diambil dari video "Terrace British Columbia" ini adalah dari minit 1:11 hingga 2:04. Anda boleh membandingkannya sendiri. Strange Trumpet Sounds Debunked 2015 - Memberikan penjelasan dan pendedahan kepada beberapa penipuan dan salah faham tentang sumber bunyi-bunyi trumpet yang kononnya didengar di seluruh dunia.

Tragedi Gempa Gunung Kinabalu 2015...

Image
Gunung Kinabalu 22 Disember 2014 Pada tanggal 5 Jun 2015, saya tidak berada di Sabah. Saya masih di Semenanjung. Saya langsung tidak tahu bahawa pada pukul 7.15 pagi, gempa bumi telah berlaku di Gunung Kinabalu. Saya hanya tahu apabila mendapat mesej WhatsApp daripada keluarga tentang gegaran kuat yang dirasai hampir di seluruh negeri Sabah. Syukur keluarga saya dalam keadaan selamat. Sepanjang hari tragedi tersebut (hingga penulisan post ini), saya mengikut setiap perkembangan yang ada. Portal-portal berita, WhatsApp , Facebook , laporan TV, menjadi sumber-sumber utama untuk mendapatkan perkembangan terkini. Yang bermain di fikiran saya hanya tentang keselamatan mereka yang terlibat. Dua dunia berbeza Kebetulan pada hari yang sama, isu forum 1MDB juga mendapat perhatian kerana Perdana Menteri Malaysia yang sepatutnya hadir membatalkan kehadirannya pada saat-saat akhir. Dan ketika itu, seolah-olah wujud dua dunia berlainan apabila media-media sosial (twitter, FB) memapa...

Kebebasan beragama di Malaysia vs Christians for Peace and Harmony Movement (CPHM)

Image
Gambar dari portal berita Malaysiakini. Sebuah NGO Kristian yang baharu ditubuhkan tiba-tiba mendapat liputan yang agak meluas baharu-baharu ini. [1] NGO tersebut dipanggil sebagai "Christians for Peace and Harmony Movement" (CPHM). Masih terlalu awal untuk menilai NGO ini. Tapi, sudah timbul rasa ragu-ragu setelah membaca kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan selepas majlis pelancarannya semalam (2 Jun).  Semasa membaca kenyataan-kenyataan daripada CPHM yang dikeluarkan oleh presidennya, Rev. Wong Kim Kong,  fikiran saya secara aktif memberikan respon dan balasan kepada kenyataan-kenyataan tersebut. Banyak yang boleh dipertikaikan. Malah, saya merasakan kenyataan-kenyataan beliau seakan-akan tidak melihat kepada realiti sebenar yang sedang terjadi di Malaysia.  Post ini bukan bertujuan untuk mengkritik peribadi Rev. Wong Kim Kong. Saya tidak tahu pun kewujudan beliau jika bukan oleh kerana CPHM ini. Yang saya responkan adalah kenyataan-kenyataan beliau sahaj...

Software/Perisian Alkitab untuk komputer...ya, ia Percuma!

Image
Sabda 4 Mahu menyelidiki Alkitab? Tapi tidak mampu membeli buku-buku rujukan, terjemahan-terjemahan Alkitab, komentari-komentari Alkitab, konkordansi Alkitab, dan kamus-kamus Alkitab?  Bersyukurlah kerana kita kini hidup di zaman moden yang serba canggih. Kini, semua itu dapat kita miliki secara percuma! (Itu pun jika anda tidak mengambil kira kos memiliki komputer dan kos melanggan akses internet... :p) Sabda 4 Ini merupakan software  Alkitab yang paling kerap saya gunakan kerana mengandungi banyak terjemahan Alkitab dalam bahasa-bahasa yang terdapat di rantau Asia Tenggara seperti Bali, Jawa, Bugis dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, software  ini juga mengandungi modul Alkitab Bahasa Melayu kuno seperti Kitab Alkudus terjemahan Keasberry (1853) dan Alkitab Leydekker (1733). Juga mengandungi modul buku-buku rohani, kamus-kamus Alkitab, leksikon Alkitab dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Indonesia. Kesimpulannya, software  Sabda 4 ini san...

Melihat Pesta Kaamatan...

Image
Sekadar gambar hiasan yang diambil dari internet. Pesta Kaamatan sudah berlalu. Tapi, ada yang masih/sedang merayakannya. Bagi yang tahu dengan kebiasaan di Sabah semasa Kaamatan, pasti akan mengerti apa yang saya maksudkan dengan "masih/sedang merayakannya". Bukan semua, tapi agak ramai juga yang "aramai ti" sehingga sebulan. Jika anda mahu mengetahui apa itu Pesta Kaamatan, boleh pergi ke link ini ( panjang lebar dan dalam Bahasa Inggeris ) atau ini ( ringkas dan dalam Bahasa Malaysia ). Saya fikir-fikir... tentang Pesta Kaamatan, - Berapa ramai golongan muda Kadazan Dusun Murut (KDM) yang betul-betul tahu tentang maksud Kaamatan? Bukannya apa, cuma, zaman ini tidak ramai sudah bah orang KDM yang tanam padi. Jadi, sedikit sebanyak feel  Kaamatan tidak sudah sama seperti yang dulu-dulu. - Saya sendiri pun tidak tanam padi. Kali terakhir saya ikut "mongomot" adalah pada zaman budak-budak lagi. Itu pun lebih 20 tahun yang lalu.

Alkitab dilarang di Semenanjung Malaysia... Itu saja? Tapi...

Image
Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mencadangkan suatu prosedur operasi piawai (SOP) baharu dalam pengimportan Alkitab/Bible dalam Bahasa Malaysia/Indonesia ke Semenanjung Malaysia. [ 1 ] Walaupun mendapat bantahan daripada Christian Federation of Malaysia  CFM [ 2 ] , KDN dikatakan akan kekal meneruskan cadangan SOP baharu tersebut. [ 3 ] Saya fikir-fikir... - Ini bukan pertama kali Alkitab dilarang dari digunakan. Di dalam sejarah dunia, pada tahun 303 masihi, Maharaja Diocletian telah mengeluarkan perintah untuk memusnahkan Alkitab dan bangunan gereja. Sesiapa yang ingkar telah dibunuh. [ 4 ] Namun, Alkitab kekal ada sehingga ke hari ini. Kristianiti juga telah berkembang. - Jadi, kalau Tuhan dapat menjaga dan memelihara Firman-Nya walaupun pelbagai usaha dilakukan (dibunuh, bukan sekadar dipenjara) untuk memusnahkan dan menghalangnya, saya melihat, "larangan" yang baharu dicadangkan ini tidak akan mampu menghalang Alkitab dari digunakan di Sem...

"NASA Proves the Bible is true" - Benar atau Palsu? Kenapa terus menyebarkannya tanpa memeriksa kesahihannya?

Image
Sekali lagi, newsfeed  FB dan juga watsapp saya dihiasi dengan berita ini. Siap dengan gambar sebuah artikel yang seolah-olah diambil daripada sebuah surat khabar. Adakah berita ini benar atau palsu? Benarkah NASA telah membuktikan bahawa Alkitab adalah benar? Bagi yang tidak fasih berbahasa Inggeris, terjemahan berita ini di dalam Bahasa Indonesia dapat dibaca di sini . Sebenarnya, berita ini adalah Mitos, Palsu, Auta! Dan kepalsuan berita ini sudah lama didedahkan! Namun, sangat menghairankan berita ini masih disebarkan sehingga dimasukkan ke dalam surat khabar (atau buletin) seolah-olah ia adalah benar. Malah, gambar artikel di atas mencatatkan ia daripada " Patkai Christian College ", sebuah kolej Kristian. Tapi, tahukah anda, ia adalah artikel yang di- copy-paste dari sumber lain! Artikel tersebut sudah wujud sebelum NASA itu sendiri ditubuhkan. Cuma, ketika itu isinya sedikit berbeza. Hanya setelah NASA ditubuhkan, barulah nama NASA dimasukkan. Lebi...

Saya baca-baca... May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969

Image
Sebut saja tentang Peristiwa 13 Mei, pasti teringat catatan di dalam buku teks sejarah tentang peristiwa berdarah yang berlaku pada tahun 1969 di Kuala Lumpur. Mengikut versi buku teks sejarah yang diajarkan di sekolah, peristiwa berdarah tersebut terjadi kerana tindakan penyokong parti pembangkang yang mengapi-apikan sentimen perkauman semasa perarakkan kemenangan mereka di dalam pilihanraya tahun 1969 di sekitar Kuala Lumpur. Tapi, buku tulisan Dr. Kua Kia Soong memberikan suatu jalan cerita yang berbeza. Ketika buku ini diterbitkan, terdapat ura-ura bahawa ia akan diharamkan sehinggakan beberapa kedai buku utama menarik balik penjualannya. Namun, akhirnya ia tidak jadi diharamkan. Dan saya pun dapat membelinya... Buku ini mengandungi 152 muka surat. Agak pendek ( sangat pendek ) jika kita mengambil kira topik yang diperkatakan. Rasanya, jumlah muka surat tersebut tidak cukup jika mahu mengulas setiap perincian yang telah terjadi. ( Tapi, laporan rasmi iaitu laporan MAGERA...

Saya fikir-fikir... Bunyi trompet dari langit?

Image
Beberapa hari ini, tiba-tiba newsfeed di FB saya dihiasi dengan kisah "bunyi trompet dari langit" yang didengari di AS sehingga ke Jerman. Bukan setakat FB, malah group Watsapp yang saya ikuti juga kerap meng- repost -kan video tentang "bunyi trompet dari langit" tersebut. Ada yang mengaitkannya dengan tanda-tanda akhir zaman seperti yang disebut di dalam Alkitab. Contohnya, "Pada waktu itu akan tampak tanda Anak Manusia di langit dan semua bangsa di bumi akan meratap dan mereka akan melihat Anak Manusia itu datang di atas awan-awan di langit dengan segala kekuasaan dan kemuliaan-Nya. Dan Ia akan menyuruh keluar malaikat-malaikat-Nya dengan meniup sangkakala yang dahsyat bunyinya dan mereka akan mengumpulkan orang-orang pilihan-Nya dari keempat penjuru bumi, dari ujung langit yang satu ke ujung langit yang lain." (Matius 24:30-31, TB) "Dan ketujuh malaikat yang memegang ketujuh sangkakala itu bersiap-siap untuk meniup sangkakala." (W...

Saya fikir-fikir... Adakah orang kita minat membaca?

Image
Bila saya fikir-fikir kembali, dulu ( zaman kanak-kanak/remaja/sekolah ), saya sangat minat membaca novel-novel penyiasatan. Siri The Hardy Boys , Nancy Drew , The Famous Five , The Secret Seven dan banyak lagi sering menjadi peneman di masa lapang. Sehinggakan saya mendapat "inspirasi" untuk membuat "rumah rahsia", gajet-gajet rahsia, secret   sign language dan banyak lagi kerana pengaruh buku-buku ini. Saya merupakan pengunjung tetap perpustakaan di sekolah dan di pekan ( tempat tinggal saya bukan bandar, cuma sebuah pekan kecil di sebuah daerah koboi di Sabah ) semata-mata mahu meminjam buku-buku tersebut. Dan, melalui pengalaman mengunjungi perpustakaan jugalah saya mengetahui bahawa perpustakaan adalah tempat dating  yang sangat popular di kalangan remaja ketika itu. Saya tidak pasti hari ini masih seperti itu atau tidak. Dan baru saya sedar kenapa kakak ( bukan kakak sebenar ) yang tinggal di rumah kami dulu sangat suka apabila saya mahu ke perpustakaa...

First post. Fikir-fikir..apa yang mahu ditulis?

Image
Saya fikir-fikir...apa yang perlu ditulis di dalam post pertama blog ini? Pengenalan? Pembuka kata? Mukadimah? Foreword? Tapi, untuk apa menulis semua itu? Blog ini baru saja dibuka, belum ada pembaca, masih kosong, masih hingusan kalau dibandingkan dengan blog-blog lain di alam maya sana. Tapi, mana tahu kalau-kalau ada yang tersinggah di sini, susah juga kalau tidak ada sebarang pengenalan, tidak tahu ini blog tentang apa, pasal apa dan untuk apa. Oklah.. kalau kamu sudah baca sampai di sini, maka, sebagai perkenalan....