Kebebasan beragama di Malaysia vs Christians for Peace and Harmony Movement (CPHM)
![]() |
Gambar dari portal berita Malaysiakini. |
Sebuah NGO Kristian yang baharu ditubuhkan tiba-tiba mendapat liputan yang agak meluas baharu-baharu ini.[1] NGO tersebut dipanggil sebagai "Christians for Peace and Harmony Movement" (CPHM). Masih terlalu awal untuk menilai NGO ini. Tapi, sudah timbul rasa ragu-ragu setelah membaca kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan selepas majlis pelancarannya semalam (2 Jun).
Semasa membaca kenyataan-kenyataan daripada CPHM yang dikeluarkan oleh presidennya, Rev. Wong Kim Kong, fikiran saya secara aktif memberikan respon dan balasan kepada kenyataan-kenyataan tersebut. Banyak yang boleh dipertikaikan. Malah, saya merasakan kenyataan-kenyataan beliau seakan-akan tidak melihat kepada realiti sebenar yang sedang terjadi di Malaysia.
Post ini bukan bertujuan untuk mengkritik peribadi Rev. Wong Kim Kong. Saya tidak tahu pun kewujudan beliau jika bukan oleh kerana CPHM ini. Yang saya responkan adalah kenyataan-kenyataan beliau sahaja. Lebih spesifik, kenyataan beliau tentang kebebasan beragama di Malaysia.
Tentang kebebasan beragama
"There is more freedom of religion in Malaysia compared to Singapore and the United States, both of which imposes stricter laws against various faiths, a prominent Christian preacher said today.President of a new non-governmental organisation Christians for Peace and Harmony Malaysia (CPHM), Reverend Wong Kim Kong said that an individual preaching a different religion can be prosecuted in Singapore but not in Malaysia.“In Singapore, if you preach other religions in a sermon, or you pray to a god made of wood, they’ll report to the police under the Singapore Religious Harmony Act, you’ll (be) prosecuted.“In Malaysia, even if you talk bad about a different religion, not that we want to, they won’t disturb you,” he said during a press conference ahead of CPHM’s official launch.He claimed Malaysians are also allowed to freely practice their religions at any location while Americans face difficulty even when wanting to pray.“For the Christians, the Buddhist, the Hindus, you can build a shrine anywhere, you can open a church in any shop lot.“You can even form a church without registration because the constitution allows you to practice your religion.“Even in America, you can’t pray. So it just depends on which angle you look at,” he said." (Sumber)
- Kebebasan beragama di Malaysia lebih baik berbanding di Amerika Syarikat (A.S)? Adakah ini berdasarkan data penyelidikan tentang kebebasan beragama di Malaysia?
![]() |
Klik gambar untuk membesarkannya. Sumber: Pew Research Center |
- Jadi, dari mana beliau mendapat "ilham" untuk mengatakan kebebasan beragama di Malaysia jauh lebih baik berbanding A.S?
- Singapura pula lebih kurang sama dengan Malaysia. Namun, sekurang-kurangnya, Singapura tidak menghalang sesiapa pun dari menukar agamanya ke agama lain.
- Tanpa merujuk kepada data penyelidikan pun sangat jelas bahawa kebebasan beragama di Malaysia tidak sebebas A.S.
- Sebagai contoh, bolehkah saya pergi ke jalanan dan berkhotbah secara terbuka kepada semua orang tanpa mengira bangsa atau agama seperti yang dilakukan di A.S?
- Sebagai contoh, bolehkah saya pergi ke jalanan dan berkhotbah secara terbuka kepada semua orang tanpa mengira bangsa atau agama seperti yang dilakukan di A.S?
- Sedangkan istilah "Allah" pun dipertikaikan!
- Beliau juga berkata di Amerika, tidak dibenarkan untuk berdoa! Mungkin beliau merujuk kepada larangan terhadap sekolah-sekolah kerajaan di A.S dari melakukan upacara doa. Tapi, kenyataan beliau seolah-oleh mengatakan "langsung tidak dibenarkan untuk berdoa di A.S"!
- Dan, jika kita merujuk kepada kenyataan rasmi Kementerian Pelajaran A.S, ia tidak benar.[3] Upacara doa masih dibenarkan di sekolah-sekolah kerajaan A.S.
- Tentang berkata buruk terhadap agama lain, beliau mengatakan tiada apa-apa yang akan terjadi.
- Saya tidak menyokong perbuatan sedemikian. Tetapi, katakan ada pihak yang berkata buruk tentang agama lain secara terbuka, benarkah tiada apa-apa yang akan terjadi?
- Jika tiada apa-apa yang akan terjadi, mengapa David Orok dan Chow Mun Fai didakwa di mahkamah? Malahan, Chow Mun Fai dipenjarakan selama setahun.
- Saya tidak menyokong perbuatan mereka, tetapi bukankah itu bukti bahawa kenyataan Rev. Wong ini tidak benar?

- Tentang membina gereja atau rumah ibadat di Malaysia, bukankah permit diperlukan? Dan oleh kerana sukar mendapat permit, itulah sebabnya orang-orang Kristian terpaksa menggunakan rumah kedai sebagai gereja. Dan itu pun sebenarnya memerlukan permit.[4]
- Dengan kata lain, Kristian di Semenanjung Malaysia sebenarnya langsung tidak bebas mendirikan rumah ibadat, termasuk menggunakan rumah kedai atau rumah kediaman sebagai gereja tanpa kebenaran/permit.
- Hanya kerajaan Negeri Selangor sahaja yang memberikan kenyataan rasmi, iaitu dikatakan tidak memerlukan permit dalam menjadikan rumah kedai sebagai gereja.[5]
- Tapi, itu pun dipertikai oleh sebuah gerakan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Concerned Lawyers for Justice" (CLJ).[6]
Kesimpulanya, kenyataan Rev. Wong bahawa kebebasan beragama di Malaysia lebih baik berbanding A.S adalah tidak benar. Kegagalan menyatakan hakikat yang sebenar ini membuatkan saya melihat NGO ini dengan keraguan.
P/s: Tapi, jika Malaysia dibandingkan dengan Korea Utara, Somalia, Iraq, Syria, dan Afghanistan, sudah tentu Malaysia jauh lebih "baik".

Nota
[1] Senarai berita tentang CPHM boleh di lihat di sini. Diakses pada 3 Jun 2015.
[2] "Government Restrictions Index", Pew Research Center. Diakses pada 3 Jun 2015.
[3] "Guidance on Constitutionally Protected Prayer in Public Elementary and Secondary Schools", U.S. Department of Education. Diakses pada 3 Jun 2015.[4] "Dari perbincangan di atas, jelas bahawa sebuah gereja tidak dapat menggunakan bangunan kedai atau rumah kediaman secara sah untuk tujuan keagamaan kecuali ia sudah menerima satu kelulusan perancangan." Dipetik dari buku Dr. Ng Kam Weng, Lakukan apa yang benar, m/s 36, Wawasan Penabur, 2010. Versi Bahasa Inggeris buku Lakukan apa yang benar boleh dibaca di sini. Diakses pada 3 Jun 2015.
[5] "Churches may operate in commercial areas without permits, Selangor exco says", The Malay Mail Online. Diakses pada 3 Jun 2015.
[6] "Press Statement: Elizabeth Wong and Selangor State Committee on Non-Islamic Affairs Are Wrong", CLJ. Diakses pada 3 Jun 2015.
Comments
Post a Comment
Sorry anonymous, you cannot comment. ;)
Maaf tanpa nama, anda tidak dapat meninggalkan komen. ;)