Teringat kisah waktu di sekolah....takut salib pada buah chess...

Beberapa bulan yang lepas, kisah sekumpulan penduduk Taman Medan melakukan protes terhadap simbol "salib" telah menjadi berita hangat di Malaysia. Dan pada masa yang sama, kalau kita lihat di media-media sosial, rata-rata mengutuk tindakan mereka.
Dan, yang dari Sabah dan Sarawak pun mengambil kesempatan mewar-warkan betapa Sabah dan Sarawak harmoni dan tidak seperti itu... betulkah?

Bukannya apa, cuma, baru saja keluar dalam berita beberapa jam yang lalu, ada tekanan daripada pihak guru-guru dan ibu bapa S.K St. Mary, Sandakan, untuk menurunkan salib dari bangunan sekolah tersebut atas alasan yang "tidak jelas".[1]

Jadi, Sabah pun nampaknya tidaklah se"toleran" yang disangkakan...kan..?

Tapi, adakah ini fenomena baru? Kes ini membuatkan saya teringat kembali suatu peristiwa waktu saya masih lagi di sekolah menengah lebih 20 tahun yang lalu.

Ketika itu, ngam-ngam, waktu free sebab tiada guru yang masuk ke kelas. Mungkin mereka mesyuarat tergempar, saya sudah lupa. Kebetulan, salah seorang kawan sekelas saya ada membawa permainan chess. Jadi, untuk mengisi masa lapang, kami pun mulalah bertarung untuk melihat siapa yang hebat.

Semasa saya menyusun buah-buah chess saya, saya hairan sebab buah queen saya ada dua. Apabila saya periksa betul-betul, rupa-rupanya tanda salib yang selalunya ada pada king telah dipotong dan menjadikannya hampir menyerupai bentuk buah queen.

Waktu itu, saya tidak tahu dan merasa hairan. Kenapa perlu dipotong? Sekarang buah king ini sudah kelihatan cacat dan tidak cantik, saya berkata di dalam hati. Dengan naif, saya pun bertanya kepada kawan saya, kenapa buah king tersebut sudah hilang salibnya.

Kawan saya tiba-tiba berubah air mukanya. Dari ceria, menjadi sedikit masam. Keningnya berkerut memandang saya, "tidak bagus" jawabnya pendek. Mungkin kerana saya terlalu naif, saya bertanya lagi, "kenapa tidak bagus?"

Dia memandang saya dengan kerut yang makin bertambah, masam yang semakin masam, "tidak baguslah..!" Nampaknya dia menjadi terganggu, hilang fokus. Dan akhirnya, saya memenangi pertarungan chess kami. Mungkin sebab kena "saiko" (secara tidak sengaja) pasal salib. ("Saiko" adalah slanga di Sabah yang bermaksud mengganggu emosi atau tumpuan seseorang semasa bertanding di dalam apa-apa acara/permainan.)

Dan melalui pengalaman tersebut, saya belajar perkara baru ketika itu: rupa-rupanya ada orang-orang tertentu yang takut dengan salib, seperti vampire yang ditayangkan di dalam filem-filem seram klasik.

Jadi, apabila saya fikir-fikir kembali, nampaknya, fobia kepada salib ini bukan sesuatu yang baru di Sabah. Ia sudah ada dari dulu lagi. Cuma, mungkin ketika itu tidak begitu heboh kerana belum ada media-media sosial seperti hari ini.

Walaupun begitu, saya tidak menyalahkan mereka-mereka yang "takut" kepada salib. Ini kerana memang kepercayaan mereka ada mengajarkan tentang kisah "mematahkan salib" (dan membunuh semua babi yang ada di dunia ini) pada akhir zaman nanti.[2] Jadi, fobia salib ini adalah sesuatu yang memang sudah saya jangkakan daripada mereka, walaupun bukan semua seperti itu.

Tapi, hal ini membuatkan saya lebih berfikir, adakah semua yang diwar-warkan tentang Sabah, iaitu sebagai sebuah negeri yang bertoleransi dari segi kaum, kepercayaan dan agama, hanyalah pada permukaan sahaja? Orang bilang, adakah skin deep sahaja? Apabila diselongkar lebih dalam, adakah kita sama sahaja dengan mereka yang lain? Bukankah kes SK St. Mary di Sandakan, Sabah, menunjukkan ada rekahan pada sikap toleransi yang dibangga-banggakan di Sabah?

Hmm.. perlu fikir-fikir lagi...

Nota
- Kebetulan, ada sebuah blog yang menjelaskan mengapa mereka "memotong/mematahkan" salib yang terdapat pada buah king. Boleh dibaca di sini. Diakses pada 24 Jun 2015.

Comments

Popular posts from this blog

Yoodo: After almost two months

Blogging on the go? Trial post using blogger app for android.