Tidak sokong, tidak bantah? Biarkan saja?

Beberapa hari yang lalu (26 Jun 2015), kerajaan United States of America (USA) telah meminda perlembagaan mereka tentang perkahwinan. Perkahwinan sejenis telah diterima sebagai sah di sisi undang-undang di USA.[1]

Bendera LGBT seakan warna pelangi.
Cuma kurang satu warna.
Ketika keputusan ini diumumkan, hastag "#lovewins" telah menjadi trending di seluruh dunia.[2] Laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google+, YouTube, dll, telah memaparkan bendera atau warna bendera LGBT. Malahan, setiap hastag "#lovewins" di Twitter akan mendapat simbol hati dengan warna bendera LGBT. 

Dan ada juga yang menukar gambar profile FB mereka dengan filter warna bendera tersebut. Termasuk orang-orang yang mengaku sebagai Kristian! Apa alasan mereka? Majoritinya mengatakan atas dasar "equality" iaitu "kesamaan". Ada juga yang berkata "tidak menyokong dan tidak membantah, biar Tuhan yang menghakimi". Jika tidak menyokong, mengapa turut serta dalam memaparkan simbol yang mana adalah bermaksud sebagai tanda sokongan kepada hal tersebut?

Maaf jika kedengaran "terus terang", tapi yang berkata demikian seperti tidak pernah membaca Alkitab, tidak pernah menyelidiki imannya sendiri. Nampaknya, sekali lagi (seperti kejadian gempa bumi di Ranau) hal ini mendedahkan betapa ramai orang Kristian, yang mengaku Kristian, namun menyokong hal yang terang-terangan adalah dosa. 

Atas dasar hak peribadi, mereka (LGBT) memilih untuk mengamalkannya. Namun, itu tidak bererti kita patut menyokong hal tersebut. Ia juga tidak bererti kita patut berdiam diri dengan hal tersebut.[3] Bukan itu sahaja, jika kita tidak merasa sebarang perbezaan, tidak merasa sebarang kesedihan atau kekecewaan terhadap dosa ini, kita ada masalah yang besar. Itu menunjukkan kita memandang ringan terhadap dosa dan akibatnya.[4]

Jadi, apa respon kita yang sepatutnya? Jika seseorang itu mengaku sebagai Kristian, namun mengamalkan gaya hidup LGBT tersebut, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur mereka dengan kasih.[5] Setelah kita melakukan semua itu dan dia masih berkeras hati, hal seterusnya adalah antara dia dan TUHAN.

Kalau seseorang itu bukan Kristian dan mengamalkan gaya hidup LGBT, kita hanya boleh berdoa dan bersaksi agar dia menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat dan bertaubat. Selebihnya adalah pekerjaan TUHAN.

Jika kita mengambil sikap tidak peduli, memberi alasan kita tiada hak menghakimi seterusnya tidak cuba menyatakan kebenaran dan realiti dosa yang dilakukannya, kita tidak ada bezanya dengan orang yang membiarkan seorang buta jatuh ke dalam lubang walaupun kita nampak dia berjalan menuju ke arah lubang tersebut.[6] 


Nota
[1] "Supreme Court rules gay couples nationwide have a right to marry". Diakses pada 28 Jun 2015.

[2] Ketika post ini ditulis, #lovewins di dalam Twitter masih trending di seluruh dunia.

[3] "Janganlah turut mengambil bagian dalam perbuatan-perbuatan kegelapan yang tidak berbuahkan apa-apa, tetapi sebaliknya telanjangilah perbuatan-perbuatan itu." (Efesus 5:11, TB)

[4] "Sebab upah dosa ialah maut; tetapi karunia Allah ialah hidup yang kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita." (Roma 6:23, TB)"

[5] Apabila saudaramu berbuat dosa, tegorlah dia di bawah empat mata. Jika ia mendengarkan nasihatmu engkau telah mendapatnya kembali. Jika ia tidak mendengarkan engkau, bawalah seorang atau dua orang lagi, supaya atas keterangan dua atau tiga orang saksi, perkara itu tidak disangsikan. Jika ia tidak mau mendengarkan mereka, sampaikanlah soalnya kepada jemaat. Dan jika ia tidak mau juga mendengarkan jemaat, pandanglah dia sebagai seorang yang tidak mengenal Allah atau seorang pemungut cukai." (Matius 18:15-17, TB)

[6] "Jadi jika seorang tahu bagaimana ia harus berbuat baik, tetapi ia tidak melakukannya, ia berdosa." (Yakobus 4:17, TB)

Comments

Popular posts from this blog

Teringat kisah waktu di sekolah....takut salib pada buah chess...

Yoodo: After almost two months

Blogging on the go? Trial post using blogger app for android.