Melihat Pesta Kaamatan...

Sekadar gambar hiasan yang diambil dari internet.
Pesta Kaamatan sudah berlalu. Tapi, ada yang masih/sedang merayakannya. Bagi yang tahu dengan kebiasaan di Sabah semasa Kaamatan, pasti akan mengerti apa yang saya maksudkan dengan "masih/sedang merayakannya". Bukan semua, tapi agak ramai juga yang "aramai ti" sehingga sebulan.

Jika anda mahu mengetahui apa itu Pesta Kaamatan, boleh pergi ke link ini (panjang lebar dan dalam Bahasa Inggeris) atau ini (ringkas dan dalam Bahasa Malaysia).

Saya fikir-fikir... tentang Pesta Kaamatan,
- Berapa ramai golongan muda Kadazan Dusun Murut (KDM) yang betul-betul tahu tentang maksud Kaamatan? Bukannya apa, cuma, zaman ini tidak ramai sudah bah orang KDM yang tanam padi. Jadi, sedikit sebanyak feel Kaamatan tidak sudah sama seperti yang dulu-dulu.
- Saya sendiri pun tidak tanam padi. Kali terakhir saya ikut "mongomot" adalah pada zaman budak-budak lagi. Itu pun lebih 20 tahun yang lalu.


- Selain itu, ada satu lagi "masalah". Ini pun bukan sesuatu yang baru. Tetapi adalah kebiasaan Pesta Kaamatan dari dulu lagi. Iaitu, "moginum". Apa itu "moginum"? Itu bah... minum arak...montoku, lihing, bahar, tapai...dll.
- Tahun lepas (2014), portal berita alternatif FMT memaparkan berita tentang Pesta Kaamatan yang dihiasi dengan kemabukan.[1]
- Apa respon orang Sabah sendiri? Cuba check di sini.
- Adakah respon-respon tersebut bagus? Tidak. Bikin malu adalah. Sudah terang-terang kemabukan itu bukan sesuatu yang baik, ada juga yang cuba menegakkan benang yang "noyopos" (basah).
- Dan mungkin sebab terlalu banyak yang meng-kondem artikel tersebut, terus FMT delete. Tapi, masih dapat dibaca di laman web lain (rujuk nota di akhir post ini).
- Adakah "moginum" (minum arak) sampai "kalapik" (pengsan) adalah sebahagian daripada kebiasaan asal Pesta Kaamatan? Dengan sedihnya, jawapannya adalah "Ya".
-  Malahan, itulah yang dinanti-nantikan oleh ramai KDM (selain Unduk Ngadau).
- Tapi, bukan semua KDM begitu. Ada juga yang tidak "moginum" langsung. Tapi, jumlah yang tidak "moginum" ini mungkin kurang sikitlah..

Macamana dengan Kaamatan tahun ini?
- Saya pun tidak pasti sebab saya tidak dapat balik bercuti. Tapi, saya rasa lebih kurang sama juga: ada Unduk Ngadau, ada Sugandoi, ada "mogiginum gisom kalapik" (minum arak sampai pengsan). Kalau dibuang salah satu, bagi kebanyakan orang, bukan Kaamatan sudah tu. Oklah, kalau buang yang Sugandoi mungkin kebanyakan orang boleh terima lagi. ;)
- Ada juga yang saya dengar-dengar dan lihat-lihat (di media sosial) isu panas tentang pakaian tradisional KDM yang diubah suai sehingga dikatakan tidak lagi kelihatan seperti pakaian tradisional.[2] Ada yang kondem, ada yang sokong. Tapi yang kondem lagi banyakla...
- Ubah suai baju tradisi bagi saya tidak ada masalah asalkan yang asal masih dikekalkan. Anggap saja itu baju moden yang mendapat inspirasi daripada pakaian tradisional dan bukan ubah suai yang cuba meniadakan pakaian tradisional KDM.
- Kalau ubah suai tersebut adalah cubaan untuk meniadakan baju tradisional yang asal, itu lain ceritalah dan saya juga tidak bersetuju.
- Cuma, ada fesyen ubah suai yang agak seksi dan kurang manis dipandang.

Sekarang, saya fikir-fikir lagi. Apa relevannya Pesta Kaamatan zaman ini?
- Saya bertanya sebab,

  • Menanam padi bukan lagi pekerjaan utama KDM.
  • Kebanyakkan KDM adalah beragama Kristian. Dan Kristianiti melarang kemabukan (cuba baca Luk 21:34; Rm 13:13; Gal 5:19-21; 1 Ptr 4:3). Kristianiti juga melarang ritual-ritual yang dilakukan semasa Kaamatan seperti memuja semangat padi iaitu Bambarayon, melakukan upacara korban dan lain-lain ritual yang bersifat paganism.

- Hakikatnya, agak sukar melihat Pesta Kaamatan sebagai suatu perayaan yang masih relevan zaman ini di kalangan KDM itu sendiri kerana asas yang membentuk Pesta Kaamatan semakin lama semakin hilang.

Jika demikian, bagaimana kita dapat merelevankan Pesta Kaamatan pada zaman ini?
- Dengan menjadikannya sebagai suatu acara kebudayaan tahunan di Sabah.
- Dan mahu tidak mahu, kita perlu progresif dalam merayakannya sejajar dengan peredaran masa dan perubahan sosial.[3]
- Ritual-ritual yang dilakukan perlu dilihat sebagai simbolik semata-mata dan tidak mengikat masyarakat KDM. Ia hanya untuk mengingatkan bagaimana dahulu kita tidak tahu dan masih terikat dengan paganism, tetapi hari ini kita sudah dibebaskan oleh kebenaran yang datang kepada kita, iaitu Yesus Kristus, Tuhan dan Juruselamat kita.
- Ini bererti, pesta mabuk-mabukan juga harus dihentikan. Dan ini yang paling susah dilakukan. Saya menjangkakan, jika ada yang membaca cadangan saya ini, khususnya mereka yang memang "logop" (kaki minum), pasti akan mengutuk sehabis-habisnya cadangan ini (saya pun mungkin sama-sama kena kondem).

Yang pasti, kalau cara Pesta Kaamatan dirayakan kekal sama pada masa-masa akan datang, orang akan melihat Pesta Kaamatan hanya sekadar acara yang mengandungi pertandingan Unduk Ngadau dan "moginum gisom kalapik" saja.

Nota
[1] Berita tersebut sudah dipadam oleh FMT tapi masih boleh dibaca di sini.
[2] Contohnya, pakaian ini.
[3] "Sambutan Pesta Kaamatan: Perlukan Perspektif Baru?", Kadazan Cultural Association (KDCA). Diakses pada 1 Jun 2015.

Comments

Popular posts from this blog

Teringat kisah waktu di sekolah....takut salib pada buah chess...

Yoodo: After almost two months

Blogging on the go? Trial post using blogger app for android.