Software/Perisian Alkitab untuk komputer...ya, ia Percuma!

Sabda 4
Mahu menyelidiki Alkitab? Tapi tidak mampu membeli buku-buku rujukan, terjemahan-terjemahan Alkitab, komentari-komentari Alkitab, konkordansi Alkitab, dan kamus-kamus Alkitab? 

Bersyukurlah kerana kita kini hidup di zaman moden yang serba canggih. Kini, semua itu dapat kita miliki secara percuma! (Itu pun jika anda tidak mengambil kira kos memiliki komputer dan kos melanggan akses internet... :p)

Sabda 4


Ini merupakan software Alkitab yang paling kerap saya gunakan kerana mengandungi banyak terjemahan Alkitab dalam bahasa-bahasa yang terdapat di rantau Asia Tenggara seperti Bali, Jawa, Bugis dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, software ini juga mengandungi modul Alkitab Bahasa Melayu kuno seperti Kitab Alkudus terjemahan Keasberry (1853) dan Alkitab Leydekker (1733).

Juga mengandungi modul buku-buku rohani, kamus-kamus Alkitab, leksikon Alkitab dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Indonesia. Kesimpulannya, software Sabda 4 ini sangat sesuai untuk rantau Asia Tenggara khususnya Malaysia, Indonesia dan Singapura. 

Anda boleh men-download-nya di sini secara percuma.

The Word

Ini juga merupakan software Alkitab yang sangat baik. Ia mengandungi bahan/modul yang lebih banyak berbanding "Sabda 4". Namun, hampir semua bahan/modul yang adalah dalam Bahasa Inggeris. Mengandungi modul Alkitab Bahasa Indonesia (perlu didownload) tetapi tidak mempunyai modul Alkitab Bahasa Melayu.

Namun, terdapat beberapa modul Alkitab, komentari, kamus dan buku yang perlu dibeli. Walaupun begitu, secara keseluruhannya, software ini mengandungi banyak sumber percuma yang sangat membantu di dalam menyelidiki Firman Tuhan. 

Anda boleh men-download-nya di sini.

e-Sword

Juga sebuah software Alkitab percuma yang baik. Sama seperti "The Word", ia lebih banyak mengandungi bahan/modul dalam Bahasa Inggeris. Dan seperti "The Word" juga, ia tidak mengandungi modul Alkitab dalam Bahasa Melayu. Dan, juga terdapat modul yang perlu dibeli jika kita hendak memiliki/men-download-nya. 

Cuma, "e-Sword" tidak mengandungi modul Alkitab NET percuma (terjemahan Alkitab Inggeris kegemaran saya). Perlu dibeli sebelum men-download modul Alkitab tersebut. 

Anda boleh men-download-nya di sini.
---------------------------------------------
Ketiga-tiga software ini boleh digunakan secara offline. Hanya ketika men-download modul-modul yang ada sahaja akses internet diperlukan.

Selain itu, sedikit learning curve atau "pembelajaran" diperlukan untuk menggunakan software-software ini semaksima yang mungkin. Ada fungsi-fungsi tertentu yang mungkin tidak biasa digunakan bagi yang pertama kali menggunakannya. Tapi, jangan risau kerana tutorial cara menggunakan software-software ini ada disediakan. Pelan-pelan belajar... lama-lama jadi expert. Saya percaya ia akan menjadi sangat berguna dalam mendalami dan menyelidiki Firman Tuhan.

Masih ada banyak lagi software percuma yang lain, tapi ketiga-tiga software ini adalah antara software Alkitab yang sangat saya rekomenkan. Anda boleh mencubanya sendiri dan memilih mana satu yang paling sesuai dengan anda. Kalau saya, saya meng-install kesemuanya.

Namun, jika ada mempunyai rekomendasi lain, saya sangat mengalu-alukan jika anda dapat memberikannya di ruangan komen post ini.

Oh ya, satu hal lagi. Pastikan anda mempunyai ruangan yang mencukupi di dalam hard drive komputer anda kerana "The Word" dan "e-Sword" memerlukan ruangan yang agak banyak jika anda mahu men-download kesemua modul percuma yang disediakan.

Comments

Popular posts from this blog

Teringat kisah waktu di sekolah....takut salib pada buah chess...

Yoodo: After almost two months

Blogging on the go? Trial post using blogger app for android.