Alkitab dilarang di Semenanjung Malaysia... Itu saja? Tapi...

Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mencadangkan suatu prosedur operasi piawai (SOP) baharu dalam pengimportan Alkitab/Bible dalam Bahasa Malaysia/Indonesia ke Semenanjung Malaysia.[1] Walaupun mendapat bantahan daripada Christian Federation of Malaysia CFM[2], KDN dikatakan akan kekal meneruskan cadangan SOP baharu tersebut.[3]

Saya fikir-fikir...
- Ini bukan pertama kali Alkitab dilarang dari digunakan. Di dalam sejarah dunia, pada tahun 303 masihi, Maharaja Diocletian telah mengeluarkan perintah untuk memusnahkan Alkitab dan bangunan gereja. Sesiapa yang ingkar telah dibunuh.[4] Namun, Alkitab kekal ada sehingga ke hari ini. Kristianiti juga telah berkembang.
- Jadi, kalau Tuhan dapat menjaga dan memelihara Firman-Nya walaupun pelbagai usaha dilakukan (dibunuh, bukan sekadar dipenjara) untuk memusnahkan dan menghalangnya, saya melihat, "larangan" yang baharu dicadangkan ini tidak akan mampu menghalang Alkitab dari digunakan di Semenanjung Malaysia.
- Dengan kemajuan teknologi hari ini, Alkitab boleh di-download menggunakan smartphone dan tablet. Free of charge!
- Jadi, larangan mengimport ini bagi saya seperti "sia-sia" dan "bikin susah diri sendiri saja", iaitu pihak KDN sendiri.
- Cuma, mungkin larangan ini akan memberi kesan kepada bahan-bahan lain (bukan Alkitab) yang mengandungi istilah "Allah". Tapi, itu pun boleh di-download.
- Dan semua ini berpunca dari istilah "Allah". Hanya kerana ada sebilangan Muslim yang takut istilah "Allah" ini akan digunakan oleh orang-orang Kristian untuk meng-Kristian-kan orang-orang Islam. Ditambah lagi dengan politik...nah...



Apa respon umum tentang larangan ini?
- Apabila saya melayari internet (media sosial) untuk membaca komen-komen yang diberikan tentang isu ini, rata-rata meluahkan rasa marah, tidak puas hati, ada yang mendakwa ini cubaan untuk mengalihkan perhatian dari isu 1MDB, membuli minoriti Kristian, dan macam-macam lagilah.
- Ada juga yang mengambil peluang untuk "memarahi" orang-orang Sabah dan Sarawak kerana mengundi BN. "Siapa suruh undi BN" kata si keyboard warrior. Padahal, sebilangan ahli dan pemimpin parti pembangkang pun ada yang setuju (dalam diam) untuk melarang Alkitab digunakan di Semenanjung Malaysia.
- Saya cuma tersenyum membaca komen-komen tersebut. Sikit-sikit politik..sikit-sikit politik..

Apa respon pemimpin-pemimpin Kristian/Gereja?
- Presiden Sabah Council of Churches, Rev. Jerry Dusing, menyatakan di dalam surat terbukanya kepada Tan Sri Joseph Kurup agar SOP ini ditarik balik.[5]
- Pengerusi Christian Federation of Malaysia, Rev. Dr. Eu Hong Seng, juga memberikan kenyataan sama.[6]
- Malangnya, ia seperti tidak diendahkan oleh KDN.[7]
- Tapi, sekurang-kurangnya pihak kepimpinan gereja tidak berdiam diri dan berani menyatakan pendirian dalam hal ini secara baik.

Tapikan....
- Saya tertanya-tanya, berapa ramai yang bergegas membaca, menyelidiki, merenungkan Alkitab apabila mendengar berita tentang larangan ini?
- Atau, adakah sama juga di mana Alkitab terbiar mengumpul habuk, dan hanya dibersihkan apabila pergi ke gereja pada hari Ahad?
- Yang meluahkan rasa marah tu, adakah rajin merenungkan Alkitab? Atau hanya marah yang bermusim?
- Bukan apa, tapi saya lihat kebanyakan yang marah-marah ni (yang kelihatan seperti 'Kristian'), melalui bahasa dan pengisian komen kemarahan mereka saja menunjukkan mereka jarang membaca Alkitab.
- Kalau Alkitab tidak dibaca, direnungkan, diselidiki, apa bezanya sama ada Alkitab diharamkan atau tidak?

Jadi, apa kata kita rajin-rajin menyelidiki, merenungkan, mendalami, dan membaca Alkitab. Kan? Barulah ada sedikit asas untuk kita merasa tidak puas hati sebab kita memang membacanya. Kalau cuma cakap saja, itu seperti seorang yang sibuk berpolitik, tapi belum pun mendaftar sebagai pengundi.

Nota
[1] "Ikut peraturan baru, Bible Melayu haram di Semenanjung kecuali kegunaan peribadi", The Malaysian Insider. Diakses pada 29 Mei 2015.
[2] "CFM rejects new rules mooted for Alkitab", Malaysiakini. Diakses pada 29 Mei 2015.
[3] "New curbs on Alkitab to go ahead despite objections", Malaysiakini. Diakses pada 29 Mei 2015.

Comments

Popular posts from this blog

Teringat kisah waktu di sekolah....takut salib pada buah chess...

Yoodo: After almost two months

Blogging on the go? Trial post using blogger app for android.