First post. Fikir-fikir..apa yang mahu ditulis?

Saya fikir-fikir...apa yang perlu ditulis di dalam post pertama blog ini? Pengenalan? Pembuka kata? Mukadimah? Foreword?

Tapi, untuk apa menulis semua itu? Blog ini baru saja dibuka, belum ada pembaca, masih kosong, masih hingusan kalau dibandingkan dengan blog-blog lain di alam maya sana.

Tapi, mana tahu kalau-kalau ada yang tersinggah di sini, susah juga kalau tidak ada sebarang pengenalan, tidak tahu ini blog tentang apa, pasal apa dan untuk apa.

Oklah.. kalau kamu sudah baca sampai di sini, maka, sebagai perkenalan....



Siapa saya?

Saya ini bukan siapa-siapa, hanya seorang insan yang suka fikir-fikir tentang pelbagai isu, topik, dan perspektif. Dan oleh kerana suka fikir-fikir, saya terfikir, mengapa tidak saya tuliskan apa yang saya fikir-fikirkan di dalam sebuah blog yang juga dinamakan fikir-fikir. Maka, setelah memikir-mikirkan fikiran yang timbul setelah saya berfikir-fikir tentang fikiran-fikiran yang sering saya fikir-fikirkan, wujudlah blog ini.

Apa yang bakal difikir-fikirkan di dalam blog ini?

Macam-macam. Agama, isu semasa, politik, hiburan, humor, falsafah, teologi, pendidikan/ilmiah, kekeluargaan, seni, budaya, teknologi, sains... topik-topik yang ada sangat luas untuk disenaraikan semuanya.

Akhir kata

Saya rasa cukup sudah sebagai pembuka kata post pertama blog ini. Jika anda, yang tersinggah, atau kata orang Sabah, terlimpas, kemudian ada isu, topik atau perspektif yang menarik minat anda, dan anda mahu menyatakan pendapat (setuju/tidak setuju), sangat dialu-alukan berbuat demikian di ruangan komen yang tersedia.

Cuma, ruangan komen tidak saya buka kepada pelawat-pelawat tanpa nama yang sekadar mahu meninggalkan komen (atau spam, atau trolling) kemudian hilang begitu sahaja setelah puas melempiaskan kata-kata hikmat (atau kesat) kerana ingin memberikan buah fikiran (atau melepaskan tekanan atau mahu naik pangkat di dalam hierarki keyboard warrior) yang bernas (atau bikin panas).

Jika anda mahu melakukan semua yang sebut di atas dan anda mempunyai akaun openID atau akaun Google+ (walaupun akaun openID atau Google+ tersebut cuma tipu-tipu saja), silakan, kerana sekurang-kurangnya anda berani (kecuali yang tipu-tipu) dan tidak bersembunyi di sebalik alias Tanpa Nama atau Anonymous.

Bah.

Comments

Popular posts from this blog

Teringat kisah waktu di sekolah....takut salib pada buah chess...

Yoodo: After almost two months

Blogging on the go? Trial post using blogger app for android.