Saya baca-baca... May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969
Sebut saja tentang Peristiwa 13 Mei, pasti teringat catatan di dalam buku teks sejarah tentang peristiwa berdarah yang berlaku pada tahun 1969 di Kuala Lumpur. Mengikut versi buku teks sejarah yang diajarkan di sekolah, peristiwa berdarah tersebut terjadi kerana tindakan penyokong parti pembangkang yang mengapi-apikan sentimen perkauman semasa perarakkan kemenangan mereka di dalam pilihanraya tahun 1969 di sekitar Kuala Lumpur.
Tapi, buku tulisan Dr. Kua Kia Soong memberikan suatu jalan cerita yang berbeza. Ketika buku ini diterbitkan, terdapat ura-ura bahawa ia akan diharamkan sehinggakan beberapa kedai buku utama menarik balik penjualannya. Namun, akhirnya ia tidak jadi diharamkan. Dan saya pun dapat membelinya...
Buku ini mengandungi 152 muka surat. Agak pendek (sangat pendek) jika kita mengambil kira topik yang diperkatakan. Rasanya, jumlah muka surat tersebut tidak cukup jika mahu mengulas setiap perincian yang telah terjadi. (Tapi, laporan rasmi iaitu laporan MAGERAN lebih pendek. Cuma 104 muka surat saja.)
Pada dasarnya, teras atau isi utama yang hendak disampaikan oleh buku ini adalah:
Peristiwa 13 Mei adalah suatu konspirasi politik yang dirancang oleh kumpulan yang memperjuangkan "agenda Melayu" untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman.
![]() |
Laporan MAGERAN |
Buku ini dimulakan dengan pengenalan yang mempersoalkan "sejarah rasmi" peristiwa tersebut. Keraguan ditimbulkan dengan mendakwa peristiwa sebenar kejadian tersebut tidak didedahkan kepada umum--walaupun laporan rasmi peristiwa tersebut, iaitu Laporan MAGERAN, ada diterbitkan.[1]
Bab 1 memperkatakan tentang asal-usul ketegangan kaum yang tercetus pada 13 Mei yang mana menurut buku ini, bermula sejak penubuhan Parti Perikatan lagi.
Bab 2 pula memperkatakan tentang kebangkitan kelas kapitalis Melayu baru yang mahu memegang kuasa pemerintahan. Namun, tidak dapat kerana Tunku Abdul Rahman masih berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaya/Malaysia.
Bab 3 pula memperkatakan tentang situasi pilihanraya umum 1969, kekalahan Parti Perikatan dan bagaimana ia mempengaruhi situasi ketika itu sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei.
Bab 4 adalah isi utama kepada hujah-hujah di dalam buku ini. Ia memberikan kronologi peristiwa 13 Mei berdasarkan dokumen-dokumen rahsia yang diperolehi dari Pejabat Maklumat Umum di London. Ia menceritakan dari perspektif kerajaan British termasuk maklumat perisikan dan perhubungan dengan diplomat-diplomat asing.
Bab 5 pula memperkatakan tentang Pemerintah Melayu Baru yang memperkenalkan ekonomi yang lebih berpusatkan Melayu dan bagaimana ia membantu golongan baru kapitalis Melayu ini dari segi pemilikan harta.
Bab Kesimpulan buku ini pula menyeru agar diskriminasi kaum dihapuskan agar peristiwa 13 Mei dapat dikuburkan dari terus menghantui Malaysia agar dapat mencapai keharmonian yang sebenar.
- Ia suatu bahan bacaan yang menarik. Khususnya kepada penggemar teori konspirasi. Kerana, pada dasarnya, buku ini adalah sebuah teori konspirasi di sebalik tragedi 13 Mei.
- Ia adalah olahan penulis berdasarkan maklumat-maklumat daripada dokumen-dokumen rahsia pihak British.
- Cuma, kalaulah poin-poin buku ini diolah dengan memberikan hujah balas kepada poin-poin yang diberikan di dalam laporan MAGERAN secara direct, seperti format debat, pasti akan lebih menarik lagi.
- Saya sendiri membaca buku ini bersama-sama dengan laporan MAGERAN sebagai perbandingan. Dan tidak dapat dinafikan buku ini lebih menarik berbanding laporan MAGERAN yang lebih "sederhana" dan tidak memiliki elemen konspirasi.
- Dari sudut gaya bahasa, buku ini mudah dibaca, menarik dan tidak menggunakan istilah-istilah yang rumit. Oh ya, yang saya baca adalah versi Bahasa Inggeris. Terdapat juga terjemahan Bahasa Malaysia. Yang itu, saya tidak tahu gaya bahasanya ok atau tidak...
- Cuma, sistem nombor anotasi buku ini mengelirukan kerana tidak mengikut format yang sepatutnya. Kali pertama saya membacanya, saya menyangka ia adalah nombor ayat.
- Buku ini juga agak jelas pro-parti pembangkang. Lebih tepat, anti-UMNO. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa buku ini menggambarkan "golongan kapitalis Melayu baru" di dalam UMNO sebagai punca kepada tragedi 13 Mei. Dan, "golongan kapitalis Melayu baru" ini dikatakan telah menguasai UMNO hari ini.
- Agak menarik juga, apabila buku ini mengkritik Dasar Ekonomi Baru yang didakwa sebagai berunsurkan diskriminasi kaum kerana lebih pro-Melayu. Saya katakan menarik kerana menurut laporan MAGERAN, beberapa calon parti pembangkang semasa pilihanraya umum 1969 juga dikatakan telah "menghasut" orang-orang bukan Melayu bahawa kononnya kerajaan ketika itu lebih pro-Melayu dan mengenepikan orang bukan Melayu.[2]
- Adakah itu bererti sentimen tersebut kekal sehingga ke hari ini? Nampaknya, ya.
- Buku ini menyeru agar diskriminasi kaum dihentikan. Bagaimana? Walaupun tidak dinyatakan secara tersurat, tetapi maksud tersirat buku ini sangat jelas, iaitu, diskriminasi kaum hanya dapat dihentikan jika UMNO ditiadakan. (Dan "kebetulan" buku ini diterbitkan sebelum pilihanraya umum 2008. Dan keputusan pilihanraya umum tersebut adalah antara yang terburuk di dalam sejarah UMNO/BN.)
- Banyak lagi yang boleh diperkatakan, tapi lebih baik kalau anda membeli dan membacanya sendiri (atau meminjamnya kalau tidak sanggup berbelanja RM25, tidak termasuk GST).
Kesimpulannya, baca buku ini dengan minda terbuka dan secubit garam.

Nota
[1] Laporan MAGERAN ini boleh dimuat-turun di sini. Pautan diakses pada 26 Mei 2015.
[2] Laporan MAGERAN muka surat 24-28.
[2] Laporan MAGERAN muka surat 24-28.
Comments
Post a Comment
Sorry anonymous, you cannot comment. ;)
Maaf tanpa nama, anda tidak dapat meninggalkan komen. ;)