Saya fikir-fikir... Adakah orang kita minat membaca?
Bila saya fikir-fikir kembali, dulu (zaman kanak-kanak/remaja/sekolah), saya sangat minat membaca novel-novel penyiasatan. Siri The Hardy Boys, Nancy Drew, The Famous Five, The Secret Seven dan banyak lagi sering menjadi peneman di masa lapang. Sehinggakan saya mendapat "inspirasi" untuk membuat "rumah rahsia", gajet-gajet rahsia, secret sign language dan banyak lagi kerana pengaruh buku-buku ini. Saya merupakan pengunjung tetap perpustakaan di sekolah dan di pekan (tempat tinggal saya bukan bandar, cuma sebuah pekan kecil di sebuah daerah koboi di Sabah) semata-mata mahu meminjam buku-buku tersebut.
Dan, melalui pengalaman mengunjungi perpustakaan jugalah saya mengetahui bahawa perpustakaan adalah tempat dating yang sangat popular di kalangan remaja ketika itu. Saya tidak pasti hari ini masih seperti itu atau tidak. Dan baru saya sedar kenapa kakak (bukan kakak sebenar) yang tinggal di rumah kami dulu sangat suka apabila saya mahu ke perpustakaan.

"STATISTIK tahun 1997 menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya membaca sehelai muka surat buku dalam setahun."[1]
Dalam setahun, cuma satu helai?! Statistik ini membuatkan saya tertanya-tanya, adakah wujud peningkatan selepas itu? Ada jugalah naik sikit.
"Pada tahun 2002 pula, statistik itu dikatakan ‘meningkat’ kepada dua muka surat setahun. Manakala kajian profil membaca pada tahun 2005 oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati bahawa kalangan rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun."[2]Kemudian, naik dua muka surat setahun (!) dan seterusnya dua naskah buku setahun.
Mungkin akan ada yang akan mengatakan: statistik tersebut tidak tepat kerana tidak mengambil kira sumber bacaan dari internet seperti dalam bentuk e-book. Tapi, statistik tersebut diperolehi pada tahun 1997, 2002 dan 2005. Seingat saya, internet bukan sesuatu yang dimiliki oleh semua orang ketika itu (lebih-lebih lagi tahun 1997).
Mengapa orang kita kurang minat membaca? Saya belum buat kajian, jadi saya pun tidak pasti. tapi saya fikir-fikir, mungkin dipengaruhi oleh sebab-sebab berikut:
Mahal bah tu buku..
Harga buku paling murah yang saya miliki sekarang adalah RM10. Paling mahal RM139. Purata harga buku yang telah saya beli sendiri (bukan duit daripada ibu bapa ok) sehingga kini: sekitar RM40-RM50. Saya sudah memiliki lebih dari 100 buah buku (dan semakin bertambah sejak penulisan post ini) sehingga saya perlu menggunakan 4 buah rak buku kecil untuk menyimpan semuanya dan itu pun tidak cukup. Itu pun belum saya masukkan koleksi buku saya sejak zaman sekolah (yang entah sudah ke mana sejak saya tinggalkan di rumah kampung).
Jalan penyelesaian
- E-book percuma. Zaman sekarang e-book dalam bentuk pdf, e-pub, mobi dan banyak lagi format lain sangat mudah diperolehi dari internet.
Mahal bah tu buku..
Harga buku paling murah yang saya miliki sekarang adalah RM10. Paling mahal RM139. Purata harga buku yang telah saya beli sendiri (bukan duit daripada ibu bapa ok) sehingga kini: sekitar RM40-RM50. Saya sudah memiliki lebih dari 100 buah buku (dan semakin bertambah sejak penulisan post ini) sehingga saya perlu menggunakan 4 buah rak buku kecil untuk menyimpan semuanya dan itu pun tidak cukup. Itu pun belum saya masukkan koleksi buku saya sejak zaman sekolah (yang entah sudah ke mana sejak saya tinggalkan di rumah kampung).
Jalan penyelesaian
- E-book percuma. Zaman sekarang e-book dalam bentuk pdf, e-pub, mobi dan banyak lagi format lain sangat mudah diperolehi dari internet.
- Cuma, kebanyakkannya adalah "cetak rompak". Jadi, wujud rasa bersalah setiap kali saya memuat turun e-book dari internet.
- Baucer Buku 1 Malaysia. Cuma, bukan semua orang layak mendapatkannya. Malah, yang layak pun kebanyakkan tidak membeli buku tetapi menggunakannya untuk membeli gajet-gajet elektronik atau menjualnya kepada orang lain.
- Kindle. Kalaulah kindle dapat digunakan di Malaysia secara rasmi. Mengapa? kerana perkhidmatan kindle menjual e-book serendah 0.99 USD. Dalam Ringgit Malaysia, itu cuma sekitar RM3 ke RM4 sahaja! Malah, kadang-kala ada yang percuma! Legal and Free!
- Beli buku semasa ada Bookfest. Selalunya harga buku semasa bookfest sangat..sangat...murah. Tapi bukan semualah...
Tiada masa bah...
Buku-buku yang saya beli kebanyakkannya tebal-tebal semuanya. Paling tebal 751 muka surat. Kalau yang dalam bentuk e-book, 1123 muka surat. Sudah habis baca? Belum. Masih dalam proses. Purata muka surat buku-buku yang saya ada sekitar 300-400 muka surat. Berapa lama saya menghabiskan semua buku tersebut? Bertahun-tahun (sebab saya ada beratus-ratus buah buku & ebook)! Tetapi, jika buku tersebut sangat menarik, saya dapat menghabiskannya hanya dalam masa 2-3 hari.- Baucer Buku 1 Malaysia. Cuma, bukan semua orang layak mendapatkannya. Malah, yang layak pun kebanyakkan tidak membeli buku tetapi menggunakannya untuk membeli gajet-gajet elektronik atau menjualnya kepada orang lain.
- Kindle. Kalaulah kindle dapat digunakan di Malaysia secara rasmi. Mengapa? kerana perkhidmatan kindle menjual e-book serendah 0.99 USD. Dalam Ringgit Malaysia, itu cuma sekitar RM3 ke RM4 sahaja! Malah, kadang-kala ada yang percuma! Legal and Free!
- Beli buku semasa ada Bookfest. Selalunya harga buku semasa bookfest sangat..sangat...murah. Tapi bukan semualah...
Tiada masa bah...
Jalan penyelesaian
- Baca di setiap kesempatan yang ada. Semasa di dalam tandas, sebelum tidur, semasa menunggu giliran, di dalam pengangkutan awam (bas, KTM, teksi), pendek kata, cari masa.
- Hakikatnya, jika kita tidak cari masa, memang tidak akan ada masa.
- Latih diri anda untuk membaca cepat atau speed reading.
- Baca lebih dari sebuah buku pada suatu tempoh masa yang sama. Lebih baik jika ia genre yang sama. Cuma, jangan terlalu banyak. Dua hingga tiga buah sudah cukup baik.
Kurang yang "best" bah...
Satu hakikat yang perlu diakui, genre buku-buku dalam Bahasa Malaysia tidak begitu pelbagai. Cuba pergi ke bahagian Bahasa Malaysia di mana-mana kedai buku (Kinokuniya, MPH, Popular, Borders). Kebanyakkannya adalah novel-novel fiksyen, dan yang laris pun adalah novel-novel fiksyen. Cuba cari bacaan ilmiah, yang bukan fiksyen. Sangat sedikit! Saya tidak bermaksud buku-buku genre fiksyen tidak baik, cuma, kepelbagaian itu kurang. Malah, kepelbagaian genre fiksyen itu sendiri di dalam buku-buku Bahasa Malaysia, sangat terhad. Kebanyakkannya yang jiwang-jiwang. Mungkin sebab itulah banyak novel-novel seperti ini diadaptasikan menjadi drama-drama TV.[3]
Jalan penyelesaian
- Mahu tidak mahu, kita perlu belajar Bahasa Inggeris kerana hakikatnya, buku-buku Bahasa Inggeris lebih luas genrenya, lebih pelbagai. Saya tidak bermaksud buku-buku terbitan tempatan tidak menarik, cuma, tidak pelbagai.
- Kalaupun tidak mahir berbahasa Inggeris, cuba pelbagaikan buku/bahan bacaan.
- Dan, bahan bacaan bukan terhad kepada buku sahaja. Artikel, surat khabar, internet, komik, jurnal, novel, biografi, autobiografi, pembungkus nasi lemak, signboard... banyak lagilah.
Malas bah membaca...
Jika anda sudah membaca sehingga ke bahagian ini, tahniah. Anda tidak begitu malas..hehe..
Jalan penyelesaian
- Penawar kepada malas membaca adalah....buku/bahan bacaan yang menarik minat anda. Contohnya, komik. Sekurang-kurangnya, anda membaca walaupun anda memerlukan ilustrasi untuk merangsang minda anda ketika membaca.
Kesimpulannya....
Masih banyak yang boleh saya perkatakan. Masih banyak yang saya fikir-fikirkan tentang hal ini. Tapi, risau pula menjadi terlalu panjang sehingga menimbulkan rasa malas untuk membaca semuanya..kan..
Pada fikiran anda, adakah orang kita minat/kurang minat membaca?
Nota:
[1] Salim Md. Zain, "Budaya Ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia", diakses pada 20/5/2015.
[2] .ibid
[3] Lihat sendiri senarai novel yang telah diadaptasi menjadi drama TV di sini.
[3] Lihat sendiri senarai novel yang telah diadaptasi menjadi drama TV di sini.
Comments
Post a Comment
Sorry anonymous, you cannot comment. ;)
Maaf tanpa nama, anda tidak dapat meninggalkan komen. ;)