"NASA Proves the Bible is true" - Benar atau Palsu? Kenapa terus menyebarkannya tanpa memeriksa kesahihannya?
Sekali lagi, newsfeed FB dan juga watsapp saya dihiasi dengan berita ini. Siap dengan gambar sebuah artikel yang seolah-olah diambil daripada sebuah surat khabar. Adakah berita ini benar atau palsu? Benarkah NASA telah membuktikan bahawa Alkitab adalah benar?
Bagi yang tidak fasih berbahasa Inggeris, terjemahan berita ini di dalam Bahasa Indonesia dapat dibaca di sini.
Sebenarnya, berita ini adalah Mitos, Palsu, Auta!
Dan kepalsuan berita ini sudah lama didedahkan! Namun, sangat menghairankan berita ini masih disebarkan sehingga dimasukkan ke dalam surat khabar (atau buletin) seolah-olah ia adalah benar. Malah, gambar artikel di atas mencatatkan ia daripada "Patkai Christian College", sebuah kolej Kristian. Tapi, tahukah anda, ia adalah artikel yang di-copy-paste dari sumber lain! Artikel tersebut sudah wujud sebelum NASA itu sendiri ditubuhkan. Cuma, ketika itu isinya sedikit berbeza. Hanya setelah NASA ditubuhkan, barulah nama NASA dimasukkan.
Lebih menyedihkan, ramai orang Kristian terus menyebarkannya tanpa menyelidiki kesahihannya!
Berikut saya sertakan link penjelasan kepada kepalsuan berita ini di sini, sini dan di sini. Ketiga-tiga link ini adalah daripada sumber penulisan Kristian. Saya sengaja memilih sumber Kristian walaupun ada sumber-sumber lain (bukan Kristian) yang telah mendedahkannya. Manalah tahu, ada yang akan berkata, "itu dari orang tidak percaya, mestilah diorang menafikannya".
Dan sekarang, izinkan saya untuk meluahkan sedikit rasa 'geram'... Mengapa? Kerana ramai orang Kristian begitu mudah percaya kepada sesuatu berita tanpa usul periksa hanya kerana berita itu kedengaran menyokong Kristianiti. Hanya kerana ada ungkapan "Alkitab dibuktikan", terus disebarkan tanpa usul periksa. Ada juga yang mengungkapkan "amen" sebagai tanda bersetuju walaupun tidak tahu kesahihan berita tersebut.
Bukankah Alkitab begitu jelas meminta kita agar menguji segala sesuatu sebelum menerimanya? (1 Tesalonika 5:21) Bukankah Alkitab dengan jelas mahu kita menggunakan akal budi kita? (Amsal 10:21) Bukankah Alkitab melarang kita menyebarkan "khabar bohong"? (Keluaran 23:1)
Hakikatnya, kepalsuan tetap adalah kepalsuan. Walau seindah, sebaik, sehebat mana pun kepalsuan itu, ia tidak akan menjadi benar. Ia akan kekal adalah palsu.
Jadi, saya memohon, berseru, tolonglah selidiki dahulu sesuatu itu sebelum "meng-amen-kannya".
Hakikatnya, kepalsuan tetap adalah kepalsuan. Walau seindah, sebaik, sehebat mana pun kepalsuan itu, ia tidak akan menjadi benar. Ia akan kekal adalah palsu.
Jadi, saya memohon, berseru, tolonglah selidiki dahulu sesuatu itu sebelum "meng-amen-kannya".
Comments
Post a Comment
Sorry anonymous, you cannot comment. ;)
Maaf tanpa nama, anda tidak dapat meninggalkan komen. ;)