Posts

Showing posts from June, 2015

Tidak sokong, tidak bantah? Biarkan saja?

Image
Beberapa hari yang lalu (26 Jun 2015), kerajaan United States of America (USA) telah meminda perlembagaan mereka tentang perkahwinan. Perkahwinan sejenis telah diterima sebagai sah di sisi undang-undang di USA. [1] Bendera LGBT seakan warna pelangi. Cuma kurang satu warna. Ketika keputusan ini diumumkan, hastag "#lovewins" telah menjadi trending  di seluruh dunia. [2] Laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google+, YouTube, dll, telah memaparkan bendera atau warna bendera LGBT. Malahan, setiap hastag "#lovewins" di Twitter akan mendapat simbol hati dengan warna bendera LGBT.  Dan ada juga yang menukar gambar profile FB mereka dengan filter  warna bendera tersebut. Termasuk orang-orang yang mengaku sebagai Kristian! Apa alasan mereka? Majoritinya mengatakan atas dasar "equality" iaitu "kesamaan". Ada juga yang berkata "tidak menyokong dan tidak membantah, biar Tuhan yang menghakimi". Jika tidak menyokong, mengapa tu...

Teringat kisah waktu di sekolah....takut salib pada buah chess...

Image
Beberapa bulan yang lepas, kisah sekumpulan penduduk Taman Medan melakukan protes terhadap simbol "salib" telah menjadi berita hangat di Malaysia. Dan pada masa yang sama, kalau kita lihat di media-media sosial, rata-rata mengutuk tindakan mereka. Dan, yang dari Sabah dan Sarawak pun mengambil kesempatan mewar-warkan betapa Sabah dan Sarawak harmoni dan tidak seperti itu... betulkah? Bukannya apa, cuma, baru saja keluar dalam berita beberapa jam yang lalu, ada tekanan daripada pihak guru-guru dan ibu bapa S.K St. Mary, Sandakan, untuk menurunkan salib dari bangunan sekolah tersebut atas alasan yang "tidak jelas". [1] Jadi, Sabah pun nampaknya tidaklah se"toleran" yang disangkakan...kan..? Tapi, adakah ini fenomena baru? Kes ini membuatkan saya teringat kembali suatu peristiwa waktu saya masih lagi di sekolah menengah lebih 20 tahun yang lalu.

Bunyi Trumpet dari langit di Tuaran - Pendedahan kepalsuannya (debunked)

Image
Mendedahkan kepalsuan bunyi trumpet dari langit yang kononnya dirakamkan di Tuaran Sabah pada tahun 2015. Link ke video-video asal: Strange Trumpet Sound in Sabah June 2015 - Saya rasa, pemilik akaun YouTube yang meng-upload video tersebut mendapatnya daripada sumber lain, cuma terus di-upload tanpa usul periksa. Strange Sounds Happening Again in Terrace British Columbia May 7th 2015 7:50am - Bunyi video "trumpet Tuaran" yang diambil dari video "Terrace British Columbia" ini adalah dari minit 1:11 hingga 2:04. Anda boleh membandingkannya sendiri. Strange Trumpet Sounds Debunked 2015 - Memberikan penjelasan dan pendedahan kepada beberapa penipuan dan salah faham tentang sumber bunyi-bunyi trumpet yang kononnya didengar di seluruh dunia.

Tragedi Gempa Gunung Kinabalu 2015...

Image
Gunung Kinabalu 22 Disember 2014 Pada tanggal 5 Jun 2015, saya tidak berada di Sabah. Saya masih di Semenanjung. Saya langsung tidak tahu bahawa pada pukul 7.15 pagi, gempa bumi telah berlaku di Gunung Kinabalu. Saya hanya tahu apabila mendapat mesej WhatsApp daripada keluarga tentang gegaran kuat yang dirasai hampir di seluruh negeri Sabah. Syukur keluarga saya dalam keadaan selamat. Sepanjang hari tragedi tersebut (hingga penulisan post ini), saya mengikut setiap perkembangan yang ada. Portal-portal berita, WhatsApp , Facebook , laporan TV, menjadi sumber-sumber utama untuk mendapatkan perkembangan terkini. Yang bermain di fikiran saya hanya tentang keselamatan mereka yang terlibat. Dua dunia berbeza Kebetulan pada hari yang sama, isu forum 1MDB juga mendapat perhatian kerana Perdana Menteri Malaysia yang sepatutnya hadir membatalkan kehadirannya pada saat-saat akhir. Dan ketika itu, seolah-olah wujud dua dunia berlainan apabila media-media sosial (twitter, FB) memapa...

Kebebasan beragama di Malaysia vs Christians for Peace and Harmony Movement (CPHM)

Image
Gambar dari portal berita Malaysiakini. Sebuah NGO Kristian yang baharu ditubuhkan tiba-tiba mendapat liputan yang agak meluas baharu-baharu ini. [1] NGO tersebut dipanggil sebagai "Christians for Peace and Harmony Movement" (CPHM). Masih terlalu awal untuk menilai NGO ini. Tapi, sudah timbul rasa ragu-ragu setelah membaca kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan selepas majlis pelancarannya semalam (2 Jun).  Semasa membaca kenyataan-kenyataan daripada CPHM yang dikeluarkan oleh presidennya, Rev. Wong Kim Kong,  fikiran saya secara aktif memberikan respon dan balasan kepada kenyataan-kenyataan tersebut. Banyak yang boleh dipertikaikan. Malah, saya merasakan kenyataan-kenyataan beliau seakan-akan tidak melihat kepada realiti sebenar yang sedang terjadi di Malaysia.  Post ini bukan bertujuan untuk mengkritik peribadi Rev. Wong Kim Kong. Saya tidak tahu pun kewujudan beliau jika bukan oleh kerana CPHM ini. Yang saya responkan adalah kenyataan-kenyataan beliau sahaj...

Software/Perisian Alkitab untuk komputer...ya, ia Percuma!

Image
Sabda 4 Mahu menyelidiki Alkitab? Tapi tidak mampu membeli buku-buku rujukan, terjemahan-terjemahan Alkitab, komentari-komentari Alkitab, konkordansi Alkitab, dan kamus-kamus Alkitab?  Bersyukurlah kerana kita kini hidup di zaman moden yang serba canggih. Kini, semua itu dapat kita miliki secara percuma! (Itu pun jika anda tidak mengambil kira kos memiliki komputer dan kos melanggan akses internet... :p) Sabda 4 Ini merupakan software  Alkitab yang paling kerap saya gunakan kerana mengandungi banyak terjemahan Alkitab dalam bahasa-bahasa yang terdapat di rantau Asia Tenggara seperti Bali, Jawa, Bugis dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, software  ini juga mengandungi modul Alkitab Bahasa Melayu kuno seperti Kitab Alkudus terjemahan Keasberry (1853) dan Alkitab Leydekker (1733). Juga mengandungi modul buku-buku rohani, kamus-kamus Alkitab, leksikon Alkitab dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Indonesia. Kesimpulannya, software  Sabda 4 ini san...

Melihat Pesta Kaamatan...

Image
Sekadar gambar hiasan yang diambil dari internet. Pesta Kaamatan sudah berlalu. Tapi, ada yang masih/sedang merayakannya. Bagi yang tahu dengan kebiasaan di Sabah semasa Kaamatan, pasti akan mengerti apa yang saya maksudkan dengan "masih/sedang merayakannya". Bukan semua, tapi agak ramai juga yang "aramai ti" sehingga sebulan. Jika anda mahu mengetahui apa itu Pesta Kaamatan, boleh pergi ke link ini ( panjang lebar dan dalam Bahasa Inggeris ) atau ini ( ringkas dan dalam Bahasa Malaysia ). Saya fikir-fikir... tentang Pesta Kaamatan, - Berapa ramai golongan muda Kadazan Dusun Murut (KDM) yang betul-betul tahu tentang maksud Kaamatan? Bukannya apa, cuma, zaman ini tidak ramai sudah bah orang KDM yang tanam padi. Jadi, sedikit sebanyak feel  Kaamatan tidak sudah sama seperti yang dulu-dulu. - Saya sendiri pun tidak tanam padi. Kali terakhir saya ikut "mongomot" adalah pada zaman budak-budak lagi. Itu pun lebih 20 tahun yang lalu.