Posts

Showing posts from 2016

Lazada vs 11Street - versi barang dari luar negara

Image
Baru-baru ini saya telah meng- order sebuah mini lav mic  dari Lazada dan 11Street. Mengapa mini lav mic ? Sebab murah dan sesuai untuk "eksperimen vs" saya ini. Mana satu yang lebih cepat menghantar barangan yang ditempah dari penjual luar negara. Berikut adalah update kepada order saya ini. Lazada 12/6/2016: Menempah " 3.5mm Hands Free Computer Clip on Mini Lapel Microphone ". Penjual adalah Neewer Global Shop . 16/6/2016: Dapat mesej (setelah 4 hari😐) dalam proses penghantaran. Ada "tracking number". 👍 25/6/2016: Barangan saya sampai dengan selamat. Setelah menunggu selama 13 hari. 11Street 15/6/2016: Menempah " Clip-on Lapel Mini Lavalier Microphone For iPhone SmartPhone Recording ". Penjual adalah 1Global Shopping . 16/6/2016: Dapat mesej (setelah 1 hari 👍), barangan sedang dalam proses penghantaran. Tapi... tiada "tracking number". 😓 27/6/2016: Barangan saya sampai dengan selamat. Setelah menunggu selama 12...

Membeli Xiaomi Redmi Note 3 dari Lazada Malaysia

Image
Xiaomi Redmi Note 3, (agak) murah, spesifikasi pun boleh tahan. Berbanding smartphone lama saya ( Ninetology U9X1 ), Redmi Note 3 ini jauh lebih berbaloi. Sebelum saya membuat keputusan untuk membeli smartphone ini, saya cuba survey  harga Xiaomi Redmi Note 3 ini di kedai-kedai telefon biasa. Tapi, harga yang ditawarkan lebih mahal berbanding harga rasmi di laman web Mi Malaysia . Bayangkan, Redmi Note 3 versi 16GB yang dijual di kedai berharga sekitar 899 dan versi 32 GB sekitar RM999! Sedangkan di laman rasmi Mi Malaysia cuma RM749 untuk versi 16GB dan RM849 untuk versi 32GB. Saya pun cubalah mencari-cari di Lazada Malaysia dan 11Street , mana tau...ada yang murah. Dan memang ada yang lebih murah, malah, jauh lebih murah dari yang ada di laman rasmi Mi Malaysia. Cuma, murah sebab adalah AP set atau Original Import. AP atau Original Import ini original juga, tapi dari luar negara. Tidak disponsor oleh Lazada ok... Setelah fikir-fikir, akhirnya saya beli dari La...

Sebuah review (dan "give away") buku - The Case for Christ

Image
Ketika post ini ditulis, 9 tahun sudah berlalu sejak kali pertama saya membaca buku "The Case for Christ". Ini merupakan salah sebuah buku yang telah mencetuskan minat saya secara peribadi terhadap "apologetik". Format buku ini sangat menarik kerana ia ditulis dalam bentuk temubual oleh Lee Strobel, seorang bekas wartawan jenayah dari akhbar Chicago Tribune yang dihormati. Buku ini sangat informatif, dan pada masa yang sama sangat menarik untuk dibaca (kerana format temubual yang digunakan). Sesiapa yang mahu mulai mengetahui tentang "apologetik", saya sangat-sangat merekomenkan buku ini. Ketika mula-mula membaca buku ini, saya mengalami keadaan yang dipanggil sebagai "mind blown". Kerana, saya tidak menyangka bahawa iman Kristian dapat dijelaskan dengan sokongan fakta secara akademik dan saintifik. Melalui buku ini, saya diperkenalkan dengan Kristianiti dari sudut sejarah, saintifik dan penyelidikan empirik, yang mana sangat jaran...

Buying from Lazada Malaysia experience - The waiting period

Image
*This post is not sponsored by Lazada. Day 1 (28/5/2016). - Ordered two items from two different sellers. - A Xiaomi Redmi Note 3 smartphone and a refurbished iPhone 5S. Day 2 (29/5/2016) - My order has been successfully verified. - Processing the items. - The Xiaomi Redmi Note 3's seller already packed the the item for shipment. - The iPhone's seller, not yet. Day 3 (30/5/2016) - The iPhone's seller packed the item for shipment. - The Xiaomi is already being shipped via GDex. Day 4 (31/5/2016) - Both the items already sent to my house. Unfortunately, I was out for two days (short vacation). Day 5 (1/6/2016) - Went to GDex branch to claim my packages. So, it took 4 days for them to send my purchase. Not bad, not bad at all. But, this may differ for other places. I'm currently living in Klang Valley, so, it's not that far away from the sellers warehouse. But, what about the items condition? That will be in another post. ...

Blogging on the go? Trial post using blogger app for android.

Image
Downloaded Blogger app from Play Store. First impression - Simple. Too simple.. - Where is the insert picture function? Oh..next to the title. Wait, can't arrange the pic placement in the text? - Any preview function before publishing a post? - Now, where is the text alignment button? Ok, tried another blogger app. - Need to know basic html coding for this one. - Wait, can't publish? Inserting picture is a hassle. But at least the picture placement is moveable. But where is the alignment button?! - Okay, it seems that Blogger's apps for android are still very disappointing. - Oh well...

"Discernment"?

Image
Apa itu " discernment "? Saya cuba mencari terjemahan Bahasa Malaysia yang seerti dengan " discernment " di dalam kamus dewan, namun perkataan yang diberikan adalah "kearifan".[1]  Masalahnya, terjemahan tersebut tidak cukup menjelaskan maksud sebenar " discernment ".  Discernment  lebih sesuai dijelaskan sebagai "kebolehan menilai dengan baik",[2] iaitu menilai baik atau buruk sesuatu itu. Apa itu " Discernment " Rohani? Dalam konteks kepercayaan Kristian, ia adalah suatu kebolehan untuk menilai baik buruk sesuatu itu tanpa bersifat menghakimi (Matius 7:1-6). Jika dilakukan dengan betul, akan membawa kita kepada kebenaran. Seperti yang dilakukan oleh jemaat di Berea, "10 Tetapi pada malam itu juga segera saudara-saudara di situ menyuruh Paulus dan Silas berangkat ke Berea. Setibanya di situ pergilah mereka ke rumah ibadat orang Yahudi. 11 Orang-orang Yahudi di kota itu lebih baik hatinya dari pada orang-or...

Siapa percaya?

Image
2 Julai 2015 - Dilaporkan ada aliran wang masuk ke dalam akaun peribadi. 4 Julai 2015  - Menafikan telah mengambil sebarang dana daripada mana-mana pihak untuk kegunaan peribadi. Akan mengambil tindakan undang-undang. 5 Julai 2015  - Peguam Negara mengesahkan ada menerima dokumen berkaitan dakwaan tersebut. 8 Julai 2015  - Ulang suara, "Akan mengambil tindakan undang-undang." 22 Julai 2015  - Si pelapor kekal dengan laporan dan bersedia untuk disaman. 28 Julai 2015  - Timbalan diganti. Peguam Negara pun diganti . 29 Julai 2015  - Video bocor. Timbalan yang dipecat menceritakan memang ada dana dimasukkan ke dalam akaun peribadi. Satu bulan kemudian.... 3 Ogos 2015  - Mengaku ada menerima dana tapi adalah daripada para "penderma". 5 Ogos 2015  - Para penderma dari Timur Tengah, tapi, nama tidak boleh didedahkan. Hampir lima bulan kemudian.... 26 Januari 2016  - Peguam Negara baharu mengumumkan tiada unsur salah laku ter...

Software/Perisian untuk Pujian Penyembahan... Ia percuma!

Image
Dulu-dulu pakai OHP Hari ini, kebanyakkan gereja menggunakan projektor untuk memaparkan lagu semasa sesi pujian dan penyembahan. Pengkhotbah juga semakin ramai yang menggunakan projektor sebagai bahan bantu dalam menyampaikan Firman Tuhan. Program atau perisian yang selalunya digunakan adalah Powerpoint. Yang lebih mahir sedikit menggunakan perisian khas seperti Easyworship . Cuma, program-program ini tidak percuma dan sangat mahal! Easyworship sahaja berharga $499! Kalau dalam Ringgit Malaysia? Akibatnya, ada yang cuba mencari software-software cetak rompak atau yang telah di"crack". Menggunakan software yang dicetak rompak untuk gereja? Hmmm.... Tapi, jangan risau, sebenarnya ada banyak perisian-perisian lain seperti Easyworship yang mana adalah percuma! 1. FreeWorship 3 - Bagi saya, ini merupakan perisian yang paling ringkas dan mudah digunakan di dalam senarai ini. Susun atur perisian ini hampir menyerupai Easyworship. - Dan mungkin oleh kerana terlalu...