Siapa percaya?

2 Julai 2015 - Dilaporkan ada aliran wang masuk ke dalam akaun peribadi.

4 Julai 2015 - Menafikan telah mengambil sebarang dana daripada mana-mana pihak untuk kegunaan peribadi. Akan mengambil tindakan undang-undang.

5 Julai 2015 - Peguam Negara mengesahkan ada menerima dokumen berkaitan dakwaan tersebut.

8 Julai 2015 - Ulang suara, "Akan mengambil tindakan undang-undang."

22 Julai 2015 - Si pelapor kekal dengan laporan dan bersedia untuk disaman.

28 Julai 2015 - Timbalan diganti. Peguam Negara pun diganti.

29 Julai 2015 - Video bocor. Timbalan yang dipecat menceritakan memang ada dana dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

Satu bulan kemudian....

3 Ogos 2015 - Mengaku ada menerima dana tapi adalah daripada para "penderma".

5 Ogos 2015 - Para penderma dari Timur Tengah, tapi, nama tidak boleh didedahkan.

Hampir lima bulan kemudian....

26 Januari 2016 - Peguam Negara baharu mengumumkan tiada unsur salah laku terjadi dan baki derma telah dikembalikan pada bulan Ogos 2013.


Saya fikir-fikir...

1. Kalau memang ada menerima dana tersebut dalam bentuk "derma", kenapa ia dinafikan ketika hal ini mula-mula diketahui?

2. Bagaimana dengan saman yang dikatakan akan dibuat?

3. Kalau baki derma sudah dikembalikan pada tahun 2013, kenapa tidak diberitahu awal-awal lagi?

4. Siapa yang percaya?

5. Kenapa saya rasa panas?

6. Ingat rakyat tidak pandai fikir-fikir kah?

7. Tapi, dua tahun dari sekarang, masih adakah yang ingat?

Sabar sajalah buat masa ini...

Comments

Popular posts from this blog

Teringat kisah waktu di sekolah....takut salib pada buah chess...

Yoodo: After almost two months

Blogging on the go? Trial post using blogger app for android.