Membeli Xiaomi Redmi Note 3 dari Lazada Malaysia

Xiaomi Redmi Note 3, (agak) murah, spesifikasi pun boleh tahan. Berbanding smartphone lama saya (Ninetology U9X1), Redmi Note 3 ini jauh lebih berbaloi.

Sebelum saya membuat keputusan untuk membeli smartphone ini, saya cuba survey harga Xiaomi Redmi Note 3 ini di kedai-kedai telefon biasa. Tapi, harga yang ditawarkan lebih mahal berbanding harga rasmi di laman web Mi Malaysia. Bayangkan, Redmi Note 3 versi 16GB yang dijual di kedai berharga sekitar 899 dan versi 32 GB sekitar RM999! Sedangkan di laman rasmi Mi Malaysia cuma RM749 untuk versi 16GB dan RM849 untuk versi 32GB.

Saya pun cubalah mencari-cari di Lazada Malaysia dan 11Street, mana tau...ada yang murah. Dan memang ada yang lebih murah, malah, jauh lebih murah dari yang ada di laman rasmi Mi Malaysia. Cuma, murah sebab adalah AP set atau Original Import. AP atau Original Import ini original juga, tapi dari luar negara.

Tidak disponsor oleh Lazada ok...
Setelah fikir-fikir, akhirnya saya beli dari Lazada. Seperti yang saya tulis sebelum ini di sini.

Dan ini video unboxing atau "buka kotak" untuk Xiaomi Redmi Note 3 yang saya beli dari Lazada ini.

Setakat ini, saya puas hati dengan ini smartphone...cuma, pastikan anda tahu bagaimana untuk "flash ROM" sebab ini smartphone guna China ROM. Cara-caranya boleh lihat di sini.

Comments

Popular posts from this blog

Teringat kisah waktu di sekolah....takut salib pada buah chess...

Yoodo: After almost two months

Blogging on the go? Trial post using blogger app for android.