Sebuah review (dan "give away") buku - The Case for Christ

Ketika post ini ditulis, 9 tahun sudah berlalu sejak kali pertama saya membaca buku "The Case for Christ".

Ini merupakan salah sebuah buku yang telah mencetuskan minat saya secara peribadi terhadap "apologetik". Format buku ini sangat menarik kerana ia ditulis dalam bentuk temubual oleh Lee Strobel, seorang bekas wartawan jenayah dari akhbar Chicago Tribune yang dihormati.

Buku ini sangat informatif, dan pada masa yang sama sangat menarik untuk dibaca (kerana format temubual yang digunakan). Sesiapa yang mahu mulai mengetahui tentang "apologetik", saya sangat-sangat merekomenkan buku ini.

Ketika mula-mula membaca buku ini, saya mengalami keadaan yang dipanggil sebagai "mind blown". Kerana, saya tidak menyangka bahawa iman Kristian dapat dijelaskan dengan sokongan fakta secara akademik dan saintifik. Melalui buku ini, saya diperkenalkan dengan Kristianiti dari sudut sejarah, saintifik dan penyelidikan empirik, yang mana sangat jarang (malah tidak pernah) diajarkan/diperkatakan di gereja yang saya kunjungi sepanjang hidup saya (dan ini suatu masalah yang membimbangkan). Sebelum ini, saya melihat Kristianiti sebagai suatu kepercayaan yang diturunkan oleh orang terdahulu, tanpa mengetahui sebarang dasar sejarah atau fakta yang menjadi dasar kepada kepercayaan ini.

Malah, tidak keterlaluan jika saya katakan saya melihat kisah-kisah di dalam Alkitab hampir sama seperti kisah-kisah mitos kuno. Saya menyangka ia suatu kisah yang tidak dapat diselidiki dan hanya dipercayai begitu sahaja atas dasar iman. Dan buku ini telah mengubah persepsi dangkal saya tersebut.

Buku ini terbahagi kepada 3 bahagian, dan setiap bahagian mengandungi bab-bab kecil. Mengandungi 297 m/s (termasuk index). Di setiap bab, beliau telah menemubual 13 pakar, dan mereka memberikan respon kepada pelbagai hujah yang cuba menidakkan kepercayaan Kristian.

Berikut adalah terjemahan kepada bahagian isi kandungan buku ini:
Isi Kandungan
The Case For Christ Hal Sebenar tentang Kristus.

Pendahuluan: Melihat kembali Penyiasatan paling rumit sepanjang hayat.

Bahagian 1: Menyelidik Catatan Rekod

1.      Bukti Saksi-saksi Kejadian
Bolehkah Biografi tentang Yesus dipercayai?
dengan Dr. Craig Blomberg
2.      Menguji Bukti Saksi-saksi Kejadian
Adakah Biografi tentang Yesus mampu bertahan jika diselidiki dengan lebih teliti?
dengan Dr. Craig Blomberg
3.      Bukti Dokumentasi
Adakah catatan Biografi tentang Yesus benar-benar dipelihara untuk kita?
dengan Dr. Bruce Metzger
4.      Bukti Sokongan
Adakah Bukti Sahih tentang Yesus di luar catatan BiografiNya?
dengan Dr. Edwin Yamauchi
5.      Bukti Saintifik
Adakah Arkeologi mengesahkan atau menyangkal Biografi tentang Yesus?
dengan Dr. John McRay
6.      Bukti melalui Bantahan/Penolakan
Adakah Yesus yang di dalam sejarah dan Yesus yang menjadi dasar Iman itu sama?
dengan Dr. Gregory Boyd

Bahagian 2: Menganalisa Yesus

7.      Bukti Keperibadian
Adakah Yesus benar-benar yakin bahawa Dia adalah Anak Allah?
dengan Dr. Ben Witherington III
8.      Bukti Psikologi
Adakah Yesus tidak waras ketika Dia mengakui diriNya sebagai Anak Allah?
dengan Dr. Gary Collins
9.      Bukti Pemprofilan
Adakah Yesus memenuhi sifat karakter Tuhan?
dengan Dr. D. A. Carson
10.  Bukti ‘Cap Jari’
Adakah Yesus – dan hanya Yesus – sepadan dengan peribadi Mesias?
dengan Louis Lapides, M.Div., Th.M.

Bahagian 3: Menyelidiki Kebangkitan

11.  Bukti Perubatan
Adakah kematian Yesus tidak benar dan kebangkitanNya suatu penipuan?
dengan Dr. Alexander Metherell
12.  Bukti Tentang Tubuh Yang Hilang
Adakah tubuh Yesus benar-benar tidak berada di dalam kuburNya?
dengan Dr. William Lane Craig 
13.  Bukti Penampakan-penampakanNya
Adakah Yesus dilihat dalam keadaan hidup setelah kematianNya di kayu salib?
dengan Dr. Gary Habermas
14.  Bukti Berdasarkan Keadaan
Wujudkan fakta-fakta sokongan lain yang menuju ke arah Kebangkitan?
dengan Dr. J. P. Moreland

Buku ini sangat baik sehingga saya cuba menterjemahkan dua bab awal buku ini ke dalam Bahasa Malaysia. Jika anda berminat membacanya, anda boleh membacanya di sini. Anggaplah ini sebagai teaser.

Melalui senarai bab yang diberikan, saya percaya anda sudah mendapat gambaran awal tentang isi buku ini.

Anda boleh membelinya secara online di Amazon (di sini) atau melalui kedai-kedai buku Kristian berdekatan anda (itu pun jika masih ada stok).

Atau

Anda boleh mendapatkanya daripada saya, secara percuma! Ya, saya akan mengirimkannya kepada anda (di dalam Malaysia sahaja) secara percuma. Jika anda berminat, anda boleh meninggalkan komen di post ini atau di akaun twitter saya @victorrymk. 

TAPI, stok adalah terhad. Dengan kata lain, siapa cepat, dia dapat.

Comments

  1. Shalom. Terima kasih kerana sudi berkongsi sedikit mengenai isi kandungan buku tersebut. Saya merasa diberkati dan teruja untuk membaca keseluruhan buku tersebut. Harap saudara yang dikasihi di dalam Kristus dapat memberikan senaskah buku tersebut kepada saya. Tuhan berkati pelayanan saudara.

    Blessings,
    -Suzie-

    ReplyDelete
  2. Shalom. Terima kasih kerana sudi berkongsi sedikit mengenai isi kandungan buku tersebut. Saya merasa diberkati dan teruja untuk membaca keseluruhan buku tersebut. Harap saudara yang dikasihi di dalam Kristus dapat memberikan senaskah buku tersebut kepada saya. Tuhan berkati pelayanan saudara.

    Blessings,
    -Suzie-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shalom juga,
      Akan saya kirimkan dan terima kasih. Tuhan memberkati.

      Delete

Post a Comment

Sorry anonymous, you cannot comment. ;)
Maaf tanpa nama, anda tidak dapat meninggalkan komen. ;)

Popular posts from this blog

Teringat kisah waktu di sekolah....takut salib pada buah chess...

Yoodo: After almost two months

Blogging on the go? Trial post using blogger app for android.