Posts

Showing posts from January, 2016

Siapa percaya?

Image
2 Julai 2015 - Dilaporkan ada aliran wang masuk ke dalam akaun peribadi. 4 Julai 2015  - Menafikan telah mengambil sebarang dana daripada mana-mana pihak untuk kegunaan peribadi. Akan mengambil tindakan undang-undang. 5 Julai 2015  - Peguam Negara mengesahkan ada menerima dokumen berkaitan dakwaan tersebut. 8 Julai 2015  - Ulang suara, "Akan mengambil tindakan undang-undang." 22 Julai 2015  - Si pelapor kekal dengan laporan dan bersedia untuk disaman. 28 Julai 2015  - Timbalan diganti. Peguam Negara pun diganti . 29 Julai 2015  - Video bocor. Timbalan yang dipecat menceritakan memang ada dana dimasukkan ke dalam akaun peribadi. Satu bulan kemudian.... 3 Ogos 2015  - Mengaku ada menerima dana tapi adalah daripada para "penderma". 5 Ogos 2015  - Para penderma dari Timur Tengah, tapi, nama tidak boleh didedahkan. Hampir lima bulan kemudian.... 26 Januari 2016  - Peguam Negara baharu mengumumkan tiada unsur salah laku ter...

Software/Perisian untuk Pujian Penyembahan... Ia percuma!

Image
Dulu-dulu pakai OHP Hari ini, kebanyakkan gereja menggunakan projektor untuk memaparkan lagu semasa sesi pujian dan penyembahan. Pengkhotbah juga semakin ramai yang menggunakan projektor sebagai bahan bantu dalam menyampaikan Firman Tuhan. Program atau perisian yang selalunya digunakan adalah Powerpoint. Yang lebih mahir sedikit menggunakan perisian khas seperti Easyworship . Cuma, program-program ini tidak percuma dan sangat mahal! Easyworship sahaja berharga $499! Kalau dalam Ringgit Malaysia? Akibatnya, ada yang cuba mencari software-software cetak rompak atau yang telah di"crack". Menggunakan software yang dicetak rompak untuk gereja? Hmmm.... Tapi, jangan risau, sebenarnya ada banyak perisian-perisian lain seperti Easyworship yang mana adalah percuma! 1. FreeWorship 3 - Bagi saya, ini merupakan perisian yang paling ringkas dan mudah digunakan di dalam senarai ini. Susun atur perisian ini hampir menyerupai Easyworship. - Dan mungkin oleh kerana terlalu...