Sebuah review (dan "give away") buku - The Case for Christ

Ketika post ini ditulis, 9 tahun sudah berlalu sejak kali pertama saya membaca buku "The Case for Christ". Ini merupakan salah sebuah buku yang telah mencetuskan minat saya secara peribadi terhadap "apologetik". Format buku ini sangat menarik kerana ia ditulis dalam bentuk temubual oleh Lee Strobel, seorang bekas wartawan jenayah dari akhbar Chicago Tribune yang dihormati. Buku ini sangat informatif, dan pada masa yang sama sangat menarik untuk dibaca (kerana format temubual yang digunakan). Sesiapa yang mahu mulai mengetahui tentang "apologetik", saya sangat-sangat merekomenkan buku ini. Ketika mula-mula membaca buku ini, saya mengalami keadaan yang dipanggil sebagai "mind blown". Kerana, saya tidak menyangka bahawa iman Kristian dapat dijelaskan dengan sokongan fakta secara akademik dan saintifik. Melalui buku ini, saya diperkenalkan dengan Kristianiti dari sudut sejarah, saintifik dan penyelidikan empirik, yang mana sangat jaran...